Description
Perbaharui Cukai Jalan Secara Online
Pembaharui Cukai Jalan
• Kami menawarkan perkhidmatan menyeluruh dan juga pihak ketiga untuk anda.
• Semua perlindungan anda hanya di bawah satu platform dari insurans awam sehinggalah ke insurans kereta.
• Penghantaran roadtax adalah diseluruh negara dari pintu ke pintu.
SEGALANYA ANDA PERLU TAHU TENTANG RENEW ROAD TAX ONLINE DI MALAYSIA
Berikut adalah soalan-soalan yang lazim dilontarkan mengenai pembaharuan road tax dan juga insurans kenderaan secara online.
1. Apakah itu Cukai Jalan Di Malaysia?
Secara umumnya, cukai jalan boleh diklasifikan sebagai cukai tahunan yang wajib dibayar oleh setiap pengguna jalan raya di Malaysia dan ia berdasarkan atas faktor kapasiti sesebuah enjin, jenis badan kenderaan dan setiap negeri.
2. Apakah Akibatnya Jika Memandu Kenderaan Yang Telah Tamah Tempoh Cukai Jalan?
Memandu kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan adalah kesalahan yang serius dan jika berlaku sebarang kemalangan, anda tidak akan dapat membuat tuntutan insurans untuk menampung kerosakan tersebut. Jika anda ditangkap memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah, sama ada anda dipanggil oleh pegawai JPJ atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.
3. Bolehkah Perbaharui Cukai Jalan Tanpa Insurans?
Sememangnya tidak kerana perkara ini sudah termaktub di dalam undang-undang jalan raya dan ianya mustahil untuk perbaharui cukai jalan tanpa memperbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu.
4. Adakah Wajib Memiliki Insurans Apabila Ingin Memiliki Kereta?
Anda perlu memiliki insurans sebelum ingin memiliki kereta kerana ia disertai dengan cas yang perlu anda bayar kepada pihak ketiga jika ada berlaku sebarang kemalangan. Setiap individu yang ingin memiliki kereta wajib mempunyai sekurang-kurangnya pelan ‘third-party’ untuk memudahkan bayaran road tax kereta anda pada setiap tahun.
5. Apakah Faktor Utama Mempengaruhi Pelan Insurans?
• Lokasi: Pelan insurans anda bergantung kepada tempat tinggal anda kerana lebih tinggi kadar tempat kemalangan, kecurian dan juga vandalisme maka lebih tinggi anda perlu membayarnya.
• Umur: Pemandu yang lebih muda dan tiada pengalaman memandu secara automatiknya akan mempunyai risiko kemalangan yang lebih tinggi kepada syarikat insurans kereta dan kadar bayarannya untuk pelan insurans akan menjadi lebih mahal.
• Rekod Memandu: Pemandu yang mempunyai rekod sejarah yang bersih kebiasaanya akan diberikan pelan insurans yang lebih rendah berbanding pemandu yang mempunyai rekod kemalangan, alkohol, memandu secara berbahaya dan lain-lain.
• Jenis Kenderaan: Kenderaan bermotor boleh dikelaskan sebagai (intermediate-performance) kelas sederhana, (high-performance) kelas tinggi, (rear-engine models) enjin belakang dan juga (sports vehicles) kenderaan sukan akan mempunyai kadar bayaran pelan yang lebih tinggi berbanding kenderaan biasa.
6. Apakah Itu Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?
Diskaun tanpa tuntutan iaitu No Claim Discount (NCD) adalah diskaun yang diberikan kepada pemandu yang tidak membuat sebarang tuntutan kepada insurans dalam tempoh insurans tersebut. Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan, NCD anda akan meningkat tetapi setelah anda membuat tuntutan kepada pihak insurans, ia bermula dari 0%. Disebabkan itu, anda perlu membuatnya semula selepas setahun untuk membayar pelan insurans anda sepenuhnya.
Bagaimana Nak Renew Road Tax & Insurans Melalui Online?
LANGKAH-LANGKAH & CARA UNTUK ANDA RENEW ROAD TAX SERTA INSURANS KENDERAAN ATAS TALIAN.
1. Portal Rasmi MyEG’s
Anda boleh melakukan transaksi bayaran melalui laman web rasmi MyEG dalam talian e-government services. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak akan dapat mengemas kini cukai jalan anda jika anda belum mempunyai polisi insurans yang sah. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
i. Tekan pada kolum Semak & Bayar Saman JPJ
ii. Tekan pada Pembaharuan Cukai Jalan
iii. Isi butiran anda
iv. Cukai jalan anda akan dihantar dalam masa 2-3 hari bekerja
Untuk pembayaran pula anda boleh pilih sama ada bayaran melalui kad kredit atau online transfer.
2. JTCars - Insurans Kereta | Insurans Motor | Perbaharui Cukai Jalan Secara Online
Laju dan tanpa was-was, kami akan mendapatkan harga yang terbaik daripada beberapa pihak insurans dan memilihi pelan yang paling sesuai untuk anda. Ini adalah kelebihan di JTCars berbanding laman web yang hanya menjual insurans yang tegas dari satu pihak sahaja.
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
i. Whatsapp registration card kepada kami dan kami akan mendapatkan harga yang terbaik untuk insurans, cukai jalan atau kedua-duanya sekali.
II. Kami akan menyediakan 'best price' untuk anda dan apabila anda berpuas hati, anda akan menyalurkan pembayaran ke akaun kami.
iii. Kami akan mengaktifkan insurans anda serta membayar cukai jalan dan terus hantar ke pintu rumah anda!