Description

Toyota Vellfire – Kenalpasti Setiap Jenis Spesifikasi

Mungkin di Malaysia rata-rata orang sudah kenal dengan MPV mewah yang mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat kita iaitu Toyota Vellfire kerana untuk kondisi secondhand sudah boleh didapati dalam linkungan RM80 ribu.

Tetapi tahukah anda bahawa untuk setiap jenis Toyota Vellfire ini mempunyai spesifikasi yang berbeza-beza mengikut tahun pengeluaran kereta tersebut. Disini kami senaraikan setiap jenis spesifikasi bagi Toyata Vellfire:

1) X/V Spesifikasi

Bagi jenis model ini adalah di antara spesifikasi yang paling rendah sekali berbanding yang lain kerana kedua-dua model ini hampir sama tetapi hanya sedikit sahaja perbezaan. Ia mempunyai 8 tempat duduk tetapi tidak mempunyai pilot seat serta bagi V-spek pula hanya ada sebelah sahaja bagi pintu automatik elektrik. Untuk dalaman pula warnanya yang agak cerah, didatangkan dengan 16 warna lampu LED dan tidak mempunyai bumbung panorama. Untuk bahagian luaran pula, pintu di bahagian penumpang dan juga bonet belakang untuk membukanya hanya boleh digunakan secara manual sahaja dan juga untuk spesifikasi ini saiz rimnya hanya didatangkan dengan 16 inci sahaja yang agak kecil berbanding model-model yang lain.

2) Z Spesifikasi

Untuk jenis model Z pula didatangkan dengan 7 tempat duduk yang mana pada bahagian tengah mempunyai sedikit laluan untuk ke bahagian belakang. Warna dalamannya yang bercampur cerah pada bahagian bumbung dan kehitaman pada bahagian aras bawah termasuk padanan kerusi. Tetapi untuk model jenis Z tidak dilengkapi dengan bumbung panorama kerana jenis model ini masih lagi dikategorikan antara yang rendah dan pada bahagian luaran pula ia didatangkan original 17 inci rim dari kilang yang menampakkan sedikit perbezaan bandingan antara model X dan V.

3) Golden Eye Spesifikasi

Mungkin untuk model Golden Eye pula biasanya kita sudah terbayang dengan pancaran lampu hadapan yang berwarna keemasan? – Ya tepat sekali. Bagi model Golden Eye ini didatangkan dengan lampu hadapan yang memacarkan berwarna keemasan pada waktu malam dan juga pada bahagian meter. Dari aspek dalaman pula masih lagi mengekalkan 7 tempat duduk semi-seater dan ditambah dengan bumbung warna kehitaman serta pilihan kerana tidak semua model golden eye itu didatangkan dengan bumbung panorama. Model Vellfire Golden Eye ini menampilkan karpet yang berwarna hitam serta kuning pada bahagian tepinya yang menampakkan sebuah identiti Golden Eye tersebut.

4) ZG Spesifikasi

Bagi imej depan pula yang membezakan bagi model Vellfire ZG ini, yang lebih menonjol dan agresif berbanding versi standardnya. Bahagian separuh ke bawah memberikan perbezaan ketara antara keduanya – dengan ‘mulut’ seolah-olah terbalik dan diapit dua bukaan masukan udara dengan kemasan melintang padanya (seperti Toyota Mirai). Semua elemen ini dilingkari oleh kemasan warna krom tebal.

Model Vellfire ZG ini juga memiliki penampilan yang lebih menarik di belakang berbanding model sedia ada. Lampunya dari jenis LED terdiri dari tiga rekaan gelung terpisah, dan di tengahnya terletak sebuah palang krom dengan kelebaran penuh. Model semasanya ketika ini menggunakan palang krom yang lebih singkat, dan LED-nya dalam bentuk jalur. Satu lagi pembaharuan ialah reflektor pada bahagian bumper. Untuk spek dalaman pula model ZG ini didatangkan dengan pilot seat pada bahagian tengah penumpang dengan kelengkapan pelarasan automatik serta bumbung panorama.

5) Executive Lounge Spesifikasi

Bagi rekaan pada bahagian dalaman kabin untuk sebuah model Vellfire Executive Lounge dilengkapi dengan roda stereng teleskopik empat-jejari balutan kulit black wood grain. Ianya juga turut dilengkapi dengan butang kawalan bagi audio, telefon bimbit dan pengesan suara. Selain itu, bagi model Executive Lounge turut dilengkapi dengan meter Optitron, paparan pelbagai-maklumat (MID) 4.2-inci TFT, kawalan kelajuan, dan kemasukan pintar dengan sistem penghidup enjin. Untuk kerusi penumpang pada bahagian tengah juga turut dilengkapi pilot seat dengan butang pelarasan, meja boleh ditarik balik (retractable table), pelindung bagi setiap cermin bahagian penumpang (rear sunblinds) serta bumbung panorama (sun/moon roof).

Ia juga ditampilkan dengan sistem audio DVD-AVN tujuh-inci dengan navigasi serta sistem bunyi JBL bersama lapan speaker. Tempat duduk balutan kulit semi-aniline dengan pilihan warna kuning cair atau hitam buat Vellfire Executive Lounge. Malah turut didatangkan dengan tempat duduk VIP untuk barisan kedua dengan Ottoman. Bagi aspek keselamatan, model ini turut dilengkapi dengan ABS dengan EBD, bantuan brek, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), bantuan mula mendaki (HAC), pengesan parkir dan tujuh beg udara.

6) Royal Lounge Spesifikasi

Bagi sebuah siri Royal Lounge merupakan yang paling teratas sekali serta satu langkah daripada versi Executive Lounge terkini. Perbezaan terbesar bagi model ini hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja di bahagian belakang seperti Elgrand VIP. Terdapat banyak ruang serta kemudahan seperti gaya ala-ala Business Class pada kapal terbang. Tempat duduk boleh dilipat sepenuhnya seperti katil rata serta dilengkapi dengan lampu nyalaan LED yang menerangi bumbung bahagian penumpang, meja boleh dilipat dan fungsi urutan dan kesemuanya boleh diakses melalui panel skrin sentuh yang timbul dari tempat letak tangan.

Turut didatangkan dengan kawalan penyaman udara yang dipasang pada bahagian bumbung serta paparan skrin TV 24-inci yang agak besar pada bahagian tengah belakang kerusi pemandu serta skrin automatik transparensi yang membolehkan penumpang melakukan hal privasi tanpa diketahui oleh pemandu. Pada bahagian bawah TV pula ia dilengkapi peti ais serta cabinet kecil.

Walaubagaimana pun, kesemua spesifikasi di atas pelanggan tersebut boleh buat pilihan mengikut citarasa peribadi tetapi secara umumnya spesifikasi tersebut adalah asas dari pengeluaran kilang. Moga anda boleh dapat membezakan sedikit setiap jenis spesifikasi yang dikeluarkan oleh Toyota Vellfire.

Tags

ToyotaVellfire ToyotaMalaysia Vellfire